Jump to content

‘Awek bar’ syukur hati dijentik untuk berubah tepat masanya


Baryon
 Share

Recommended Posts

‘Awek bar’ syukur hati dijentik untuk berubah tepat masanya, “Masa tu baby dah dalam perut” – Kerja seronok tapi tak tenang!

KISAH penghijrahan seorang wanita yang pernah bekerja di pusat hiburan wajar menjadi inspirasi buat kita yang masih berusaha untuk memperbaiki diri.

Selepas lebih dua tahun bekerja sebagai juruwang di sebuah bar, Khairun Natrah Md Toho, 25, memilih untuk berhenti dan perlahan-lahan mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.

image.jpeg.a8b84db1c649a3babc2f7efe2b3932c3.jpeg

Natrah disahkan hamil anak pertama sejurus berhenti kerja di bar.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Natrah mengakui berdepan pelbagai tohmahan gara-gara jalan yang dipilih, namun menganggap ia sebagai satu pengalaman yang mematangkan diri.

image.jpeg.a663020a939b2847224f15d3c70caff2.jpeg

Natrah berkata hatinya tidak tenang biarpun bekerja dalam keseronokan.

“Saya berkahwin pada tahun 2019, ketika berumur 21 tahun. Dulu saya bekerja dalam bidang akaun, saya rasa bosan duduk pejabat. Lagipun gaji kerja pejabat cukup-cukup makan je.

“Ketika umur 23, baru saya bekerja sebagai cashier dekat bar club. Saya sempat kerja selama dua tahun tiga bulan. Gaji sebulan boleh cecah RM3,000 hingga RM4,000.

“Pada waktu itu, suami juga tahu mengenai pekerjaan saya. Dia cakap nak kerja boleh, tapi bila sampai masanya, berhentilah. Ramai bagi nasihat, kata kerja tak berkat, tapi masa tu saya ikut kepala sendiri je,” ujarnya.

Dengan bayaran gaji yang berbaloi, Natrah berkata dia hanyut dengan keseronokan ketika bekerja di pusat hiburan berkenaan.

Namun katanya, dia dan suami, Mohammad Faiez Zaidi, 28, menerima banyak cercaan, termasuklah tentangan keluarga yang tidak bersetuju dengan pilihan kerjayanya.

“Jujur saya cakap, hidup dalam tu rasa mewah. Penuh duit, boleh have fun. Memang tak stres kerja di sana, seronok sebab ada muzik.

“Ramai sebenarnya yang bagi tentangan. Ada ahli keluarga yang salahkan suami, orang tanya, kenapa biarkan bini kerja kat tempat macam tu?” ceritanya lagi.

Biarpun diulit keseronokan, Natrah akui hatinya tidak pernah tenang sehinggalah dia akhirnya berhenti kerja pada tahun lalu.

Paling mengujakan, Natrah juga disahkan hamil selepas berhenti kerja, sekali gus membuatkan dia yakin dengan keputusannya untuk tidak lagi kembali ke sana.

image.jpeg.aef58844ab53ae1f17aadac76f646279.jpeg

Natrah tak sedar dirinya sedang hamil ketika dia berhenti kerja.

“Walaupun seronok kerja, pada masa sama saya rasa tak tenang. Suami paling seronok bila saya berhenti. Dia kata dah sampai masanya.

“Selepas lebih sebulan berhenti kerja, saya dapat tahu yang saya hamil. Rupa-rupanya baby dah ada dalam perut masa saya berhenti tu. Saya kata ini rezeki tuhan. Allah benar-benar dengar permintaan saya.

“Alhamdulillah, saya sekarang perlahan-lahan bertudung. Saya juga dah selamat melahirkan bayi. Anak sulung saya dah berusia tiga bulan,” ujar anak jati Kuala Lumpur itu.

image.jpeg.55f7c2ac89c97a92098ec9469acfc40d.jpeg

Dua insan yang menjadi kekuatan Natrah untuk terus istiqamah.

Selepas kisah penghijrahannya tular di media sosial, Natrah turut menerima banyak komen daripada netizen yang memberikan sokongan buatnya.

Di sebalik titipan doa dan kata-kata pujian, ada netizen yang tergamak berkata nista terhadap bayinya sehingga Natrah terpaksa memuat naik sijil perkahwinannya.

“Saya hanya nak kongsi pengalaman. Mungkin ada yang baik, anda boleh ambil. Yang buruk jangan diikut. Saya terkejut kisah ini viral. Tapi saya seronok baca komen positif netizen.

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love Sempoi Network? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      13
    • Most Online
      142

    Newest Member
    nazz8781
    Joined
×
×
  • Create New...