Jump to content

Uqasha berang dituduh pembuli zaman sekolah


Baryon
 Share

Recommended Posts

UQASHA-PEMBULI.jpg.642d4287535597be7ef50abd3f569246.jpg

PETALING JAYA – Selepas melalui episod hitam di Singapura, aktres Uqasha Senrose sekali lagi menjadi bualan ramai apabila didakwa sebagai pembuli pada zaman persekolahannya.

Tuduhan tersebut dilemparkan seorang wanita bernama @ImZawani dalam Twitter yang mendakwa pernah bergelar rakan sebaya pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen di sebuah sekolah.

Tidak berdiam diri, Uqasha menganggap tuduhan sebagai pembuli itu sebagai satu fitnah.

“Allahukhabar selepas semua yang terjadi kepada saya dan suami, muncul pula fitnah menuduh saya sebagai pembuli.

“Dengan satu gambar, saya dicop sebagai pembuli. Siapa yang buli mental siapa ini? Dalam foto tersebut siapa yang ceria?” katanya dalam satu ciapan Twitter hari ini.

Tambah pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, dia juga menyerahkan hal tersebut kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Kepada awak yang menabur fitnah, kita akan bertemu nanti.

“Jangan risau, polis akan siasat semua tentang awak. Allah itu Maha Besar.

“Awak boleh sekat (akaun) saya selepas ini tetapi semua perbualan dan maklumat sudah, kami sudah dapat. Dunia ini kecil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uqasha juga enggan terlalu memikirkan tuduhan tersebut dan hanya ingin memberi fokus terhadap insiden yang berlaku terhadap dirinya dan Kamal baru-baru ini.

“Dengan keadaan begini, lebih baik saya fokus terhadap suami dan diri sendiri.

“Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma serta difitnah sebagai pembuli,” ujarnya lagi.

Hari ini, nama Uqasha sohor kini dalam Twitter apabila seorang wnaita mendakwa aktres tersebut sebagai pemuli ketika zaman persekolahan 15 tahun lalu.

Wanita tersebut mendakwa kejadian serangan terhadap Kamal di Singapura lalu ibarat karma buat Uqasha yang didakwa pernah terlibat kes buli di sekolah. – KOSMO! ONLINE

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love Sempoi Network? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      13
    • Most Online
      142

    Newest Member
    nazz8781
    Joined
×
×
  • Create New...