Jump to content

Tragedi Halloween Itaewon: 149 maut, 76 cedera dalam rempuhan di Seoul


Baryon
 Share

Recommended Posts

352270889_TragediHalloweenItaewon149maut76cederadalamrempuhandiSeoul.jpg.b6f7a0c9123a47f7156114d7af4c0035.jpg

SEKURANG-kurangnya 149 orang terbunuh dalam satu insiden rempuhan ketika orang ramai meraikan Halloween di sebuah kawasan hiburan di Seoul, pada Sabtu malam.

Pada masa sama, 76 orang lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di daerah Itaewon di ibu kota Korea Selatan itu, menurut pihak berkuasa Balai Bomba Yongsan.

Kebanyakan yang cedera dilaporkan dalam keadaan serius dan diberi rawatan kecemasan, kata pegawai itu, menurut laporan Reuters.

Ia merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik sekatan COVID dan penjarakan sosial.

Ramai peserta parti menghadirinya dengan memakai topeng dan kostum Halloween.

"Ramai yang terjatuh ketika insiden festival Halloween itu, dan terdapat ramai mangsa yang cedera," kata Ketua Balai Bomba Yongsan, Choi Sung-beom.

Tambahnya, insiden berlaku berhampiran sebuah kelab malam dan kebanyakan mangsa merupakan wanita berusia 20-an.

Menurut saksi, situasi huru-hara terjadi sebelum rempuhan berlaku, dengan polis dilihat sukar mengawal keadaan.

Salah seorang saksi memberitahu media, keadaan pada malam itu sekurang-kurangnya 10 kali lebih sesak daripada biasa.

Perkongsian di media sosial menunjukkan ratusan orang bersesak di sebuah lorong yang sempit dan curam, serta tidak dapat bergerak ketika anggota kecemasan dan polis cuba menarik mereka keluar untuk diselamatkan.

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-dunia/tragedi-halloween-itaewon-149-maut-76-cedera-dalam-rempuhan-di-seoul-388518

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love Sempoi Network? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      13
    • Most Online
      142

    Newest Member
    nazz8781
    Joined
×
×
  • Create New...