Jump to content

Pencipta BoBoiBoy dedah negara Islam tolak watak Yaya bertudung


Baryon
 Share

Recommended Posts

image.thumb.jpeg.500c06029888510df153bbea65c136c2.jpeg

PETALING JAYA – Pencipta jenama animasi tempatan, BoBoiBoy iaitu Mohd. Nizam Abdul Razak membuat pendedahan mengejutkan watak kartun siri tersebut, Yaya ditolak untuk divisualkan dengan imej bertudung di kebanyakan negara Islam bagi pasaran antarabangsa.

Nizam, 39, berkata, akibatnya, watak Yaya digantikan dengan Hanna (yang tidak bertudung) untuk pasaran antarabangsa demi memenuhi kehendak audiens terutama dari negara majoriti penduduknya Muslim.

“Pada 2010, kami ‘pitch’ BoBoiBoy kepada Disney Channel Asia. Antara isu yang kami risaukan ialah watak Yaya kerana bertudung.

“Apabila kami tanya kepada Laura  (ketua Disney Channel Asia) pada ketika itu, dia memberikan dorongan untuk teruskan visual Yaya bertudung.

Quote

“Kami terkejut kerana pada persepsi kami mungkin akan timbul isu hijab tetapi beliau berkata Yaya perlu kekal bertudung kerana itu yang unik tentang animasi dari rantau ini.

“Jadi kami teruskan watak Yaya bertudung. Jika anda rasa itu mengejutkan, ada lagi yang lebih mengejutkan!,” dedahnya menerusi bebenang menerusi Twitter.

Menurut Nizam, apa yang mengejutkan apabila banyak negara yang penduduk majoritinya Muslim meletakkan syarat karakter Yaya agar tidak bertudung.

“Apabila kami mahu memasuki beberapa negara majoritinya Muslim, di situ pula isu tudung menjadi sensitif. Mereka meletakkan syarat untuk Yaya tidak bertudung. Jika anda perasan, ada versi Yaya yang digantikan dengan Hanna yang tidak bertudung.

Quote

“Pelik bin ajaib apabila yang bukan Muslim menerima watak Yaya bertudung tetapi negara majoriti Muslim pula tidak menerima watak itu dengan imej muslimah. Pada awalnya, kami ikutkan kehendak mereka tetapi kini kami tidak lagi tunduk kepada permintaan sebegitu,” luahnya.

Sehubungan itu, ujar Nizam, untuk jenama animasi Animonsta Studios berikutnya, pihaknya tidak akan lagi tunduk dengan kehendak bukan-bukan yang membantutkan perihal kepercayaan dan budaya rantau ini.

“Kami sedar jika kita sendiri tidak mengetengahkan kepercayaan dan budaya dari rantau ini, siapa lagi? Kita tidak mungkin menjadi unik dengan cuba menjadi sama seperti yang lain.

“Kini watak Mara dalam Mechamato pula menjadi watak yang digemari peminat terutama dari Jepun dan luar negara. Mara bukan sahaja bertudung tetapi juga berkerusi roda,” ciapnya lagi.

BoBoiBoy merupakan siri animasi televisyen tempatan terbitan Animonsta Studios yang berjaya mencipta fenomena tersendiri di peringkat antarabangsa termasuk Indonesia, Thailand, India, Vietnam dan China. – KOSMO! ONLINE

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love Sempoi Network? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      13
    • Most Online
      142

    Newest Member
    nazz8781
    Joined
×
×
  • Create New...