Jump to content

Tiba-tiba RM49.2 juta masuk dalam akaun bank


Baryon
 Share

Recommended Posts

bank-atm-operation-enter-password_1665730372.thumb.webp.aed711874d80fff8f44d27a7f9cc29f7.webp

Melbourne: Pasangan kekasih di Australia dituduh mencuri kerana membelanjakan wang sebanyak AS$10.5 juta (kira-kira RM49.2 juta) yang diperoleh daripada kesilapan transaksi mata wang krypto.

Wang berkenaan diperoleh pasangan itu selepas menyedari jumlah tunai dalam akaun bank mereka meningkat dengan mendadak.

Malah, pasangan itu didakwa membeli empat rumah dan kelengkapan selain melangsaikan beberapa hutang lain.

Thevamanogari Manivel dan Jatinder Singh yang didakwa di sebuah mahkamah di Melbourne kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

Semuanya bermula pada Mei tahun lalu ketika sebuah platform mata wang krypto memasukkan wang berjumlah AS$100 (RM470) ke dalam akaun Manivel.

Bagaimanapun, Manivel menyedari wang berjumlah RM49.2 juta yang dimasukkan kerana kesilapan sistem ketika transaksi dibuat.

Syarikat itu hanya sedar kesilapan yang dibuat ketika audit dijalankan pada Disember tahun lalu.

"Seorang pekerja di Bulgaria yang ditugaskan untuk memproses membayar semula dana pelaburan tersilap memasukkan nombor dalam sistem mereka," kata Pegawai Pemantau Crypto.com Michi Chan Fores.

Wang itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun bank pasangannya, Singh.

Lelaki itu bagaimanapun menganggap wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya adalah hasil kemenangan satu pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Namun, Fores mendakwa tiada sebarang pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, sebahagian wang sudah dipulangkan semula namun masih ada berbaki AS$3 juta (kira-kira RM14 juta) yang tertunggak.

Disiarkan pada: Oktober 14, 2022 @ 2:53pm

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love Sempoi Network? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      13
    • Most Online
      142

    Newest Member
    nazz8781
    Joined
×
×
  • Create New...