Jump to content

Google kerjasama dengan Israel, pengurus mahu letak jawatan


Baryon
 Share

Recommended Posts

1415997951_GooglekerjasamadenganIsraelpengurusmahuletakjawatan.webp.05297af36955bb3f71ea268cca8d4eb3.webp

LOS ANGELES - Pengurus pemasaran untuk produk pendidikan Google, Ariel Koren akan meletakkan jawatan selepas dia menuduh berlakunya tindak balas majikannya itu terhadapnya yang menentang kerjasama syarikat tersebut dengan Israel.

Koren, 28, menyatakan tindakannya itu melalui surat kepada para pekerja Google dan turut mendakwa syarikat tersebut bertindak balas terhadapnya dan pekerja lain yang bersuara menyokong Palestin.

"Daripada mendengar pekerja-pekerja yang mahu Google mematuhi prinsip etikanya, Google secara agresif mengejar kontrak ketenteraan dan melucutkan suara pekerjanya," tulisnya di platform penerbitan online, Medium.

Koren telah bekerja di Google selama lebih tujuh tahun merupakan salah seorang daripada dua pekerja yang bersuara menentang syarikat itu pada Oktober 2021.

Mereka menentang penglibatan syarikat itu dalam Projek Nimbus bernilai AS$1.2 bilion (RM5.38 bilion).

Ia merupakan perkongsian antara Google, Amazon dengan kerajaan dan tentera Israel.

Pada Mei 2021, di tengah-tengah keganasan tentera Israel yang membunuh beberapa orang Palestin di Gaza, Google mengumumkan penglibatannya dalam Projek Nimbus, kata Koren.

Melalui Project Nimbus, sistem pengkomputeran awan yang dibina oleh Google dan Amazon akan menyediakan kerajaan dan tentera Israel dengan teknologi kecerdasan buatan.

Dia juga mendakwa Google secara sistematik melenyapkan suara Palestin, Yahudi, Arab dan Muslim yang bimbang tentang keterlibatan Google dalam pencabulan hak asasi manusia di Palestin.

Koren menuduh syarikat itu menutup mulutnya dan rakan-rakannya untuk melindungi kepentingan perniagaannya dengan tentera dan kerajaan Israel.

Dalam kenyataan e-mel yang dikongsi dengan Business Insider, jurucakap Google berkata, pihaknya melarang tindakan balas di tempat kerja selain telah menyiasat dengan teliti dakwaan Koren dan mendapati bahawa tidak ada tindakan balas berlaku di Google.

Pada Selasa lalu, Koren mengulangi dakwaan yang dibuat pada bulan Mac lepas bahawa Google telah memindahkannya dari ibu pejabat syarikat di Mountain View, California ke pejabatnya di Sao Paulo, Brazil sebagai hukuman kerana menentang perjanjian kerjasama tersebut. - Agensi

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love Sempoi Network? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      13
    • Most Online
      142

    Newest Member
    nazz8781
    Joined
×
×
  • Create New...