Jump to content

Dunia berbelah bahagi mengenai hak LGBTQ


Baryon
 Share

Recommended Posts

Asia_LGBTQ.webp.60e7b1b1c28c7f5be436f24954b229bd.webp

PARIS: Singapura semalam mengumumkan pemansuhan undang-undang yang menetapkan seks antara lelaki sebagai jenayah, namun di kebanyakan negara lain, homoseksual haram dan ada kalanya boleh dikenakan hukuman mati.

Menurut laporan diterbitkan pada 2020 oleh Persatuan Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa (ILGA), homoseksualiti dilarang di 69 negara, termasuk di 11 negara yang memperuntukkan hukuman mati.

Sekitar 30 negara Afrika mengharamkan homoseksual, dengan Mauritania, Somalia dan Sudan memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan hubungan sejenis.

Afrika Selatan adalah satu-satunya negara di benua Afrika yang membenarkan perkahwinan gay, yang dibenarkan bermula 2006.

Seks antara lelaki itu hanya menghadapi diskriminasi di sebahagian negara iaitu Angola, Lesotho, Mozambique dan Seychelles.

Beberapa negara di rantau konservatif masih memperuntukkan hukuman mati bagi amalan homoseksual, termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Israel mendahului dari segi hak gay, mengiktiraf perkahwinan sejenis yang dilakukan di tempat lain biarpun tidak membenarkan kesatuan seumpama itu di negaranya, malah pasangan gay juga boleh mengambil anak angkat.

Lubnan juga lebih bertolak ansur berbanding negara Arab lain.

Biarpun kebanyakan negara Asia bertolak ansur dengan homoseksual, Taiwan menjadi yang pertama di rantau itu membenarkan perkahwinan gay selepas keputusan penting oleh Mahkamah Perlembagaan pada 2017.

Vietnam tidak lagi menganggap majlis meraikan perkahwinan gay sebagai perbuatan jenayah bermula 2015, namun tidak mengiktiraf sepenuhnya undang-undang bagi kesatuan sesama jantina.

Thailand pada Jun lalu mengambil langkah ke arah perkahwinan sejenis apabila ahli Parlimennya memberi kelulusan awal untuk menghalalkan kesatuan sesama jantina.

Pada 2018, Mahkamah Agung India menarik balik undang-undang jenayah terhadap hubungan sejenis antara lelaki. Perkahwinan gay dan pengambilan anak angkat dibenarkan di New Zealand serta Australia.

Belanda pada 2001 menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan pasangan gay berkahwin.

Sejak itu, 17 negara Eropah mengikutinya iaitu Austria, Belgium, Britain, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Iceland, Ireland, Luxembourg, Malta, Norway, Portugal, Sepanyol, Sweden, Slovenia dan Switzerland.

Sesetengah negara hanya membenarkan perkongsian sivil gay, termasuk Republik Czech, Croatia, Cyprus, Estonia, Greece, Hungary dan Itali.

Di Russia, homoseksualiti dianggap sebagai jenayah sehingga 1993 dan penyakit mental sehingga 1999. Kini, undang-undang sejak 2013 bagaimanapun hanya menghukum promosi homoseksual dalam kalangan kanak-kanak bawah umur.

Di Hungary, undang-undang yang diluluskan pada 2021 menerapkan peruntukan undang-undang bahawa 'promosi' homoseksualiti atau perubahan jantina kepada kanak-kanak bawah umur boleh dihukum dengan denda.

Kanada menjadi negara Amerika pertama yang membenarkan perkahwinan sejenis dan mengambil anak angkat pada 2005, dan 10 tahun kemudian, Amerika Syarikat (AS) menghalalkan perkahwinan gay di seluruh negara.

Di Amerika Latin, Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador, Costa Rica, Chile dan Uruguay turut membenarkan perkahwinan sejenis.

Ibu kota persekutuan Mexico adalah perintis di rantau itu, membenarkan kesatuan sivil gay pada 2007 dan perkahwinan pada 2009, dengan hampir separuh daripada 32 negeri mengikutinya.

Cuba akan mengadakan pungutan suara pada bulan ini, sama ada akan menerima pakai undang-undang keluarga yang diperbaharui, termasuk berkaitan peruntukan perkahwinan sejenis. - AFP

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love Sempoi Network? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      13
    • Most Online
      142

    Newest Member
    nazz8781
    Joined
×
×
  • Create New...