Jump to content

DNB : Syarikat Telekomunikasi Dilaporkan Perlu Keluarkan RM200 Juta Untuk 11.7% Pegangan DNB


Baryon
 Share

Recommended Posts

image.jpeg.f75b72e347ea74990f188445a4e64ca6.jpeg

Digital Nasional Berhad merupakan firma yang bertanggungjawab dalam menguruskan infrastruktur 5G di Malaysia, termasuk memperluaskan rangkaian serta lain-lain. DNB sebelum ini dimiliki Kementerian Kewangan, tetapi telah diubah struktur, dimana 30% akan dimiliki oleh kerajaan, dan sebanyak baki 70% dibahagikan antara enam syarikat telekomunikasi.

Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan setiap satu syarikat telekomunikasi yang terlibat perlu mengeluarkan sekitar RM200 juta setiap satu, untuk pegangan sebanyak 11.7% pegangan pada DNB.

Pengiraan ini adalah berdasarkan kepada suntikan dana sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Kewangan, untuk pegangan sebanyak 30% pada DNB.

Buat masa ini, ia masih dalam proses, dan mengikut perkongsian sebelum ini, syarikat telekomunikasi dijangka menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan dan mula memperkenalkan rangkaian 5G seawal September kelak.

Mengikut laporan terbaru juga, ia dikatakan Maxis dan U Mobile merupakan dua syarikat terakhir yang dalam proses memeterai perjanjian berkenaan DNB ini.

Sumber : https://amanz.my/2022351402/

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love Sempoi Network? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      13
    • Most Online
      142

    Newest Member
    nazz8781
    Joined
×
×
  • Create New...