Share Posted August 8, 2022 Penglibatan Lady Gaga dalam Joker 2 disahkan menerusi video teaser rasmi pertama Joker: Folie à Deux yang dilancarkan baru-baru ini. Joker 2 ditetapkan tarikh tayangannya pada 4 Oktober 2024, iaitu lima tahun selepas tayangan filem pertama. Joaquin Phoenix akan kembali meneruskan wataknya sebagai Arthur Fleck, dan dia akan disertai Lady Gaga sebagai Harley Quinn. Teaser tersebut mengusik tema musikal yang akan diterapkan filem akan datang. Todd Phillips turut kembali sebagai pengarah. Anda boleh teaser Joker 2 dibawah: Filem pertama Joker telah ditayangkan pada 2019 dan berjaya mencipta kejayaan, bukan sahaja mendapat pujian para pengkritik dan penonton, malah ia mengecapi kejayaan box office yang cukup luarbiasa dengan mengutip AS$1.074 bilion dolar seluruh dunia. Diterajui Joaquin Phoenix sebagai watak utama, Joker menampilkan barisan pelakon seperti Zazie Beetz (Deadpool 2), Bill Camp (Red Sparrow, Molly’s Game), Frances Conroy (American Horror Story), Brett Cullen (Narcos), Glenn Fleshler (Barry), Douglas Hodge (Penny Dreadful), Marc Maron (GLOW), Josh Pais (Motherless Brooklyn), dan Shea Whigham (First Man). Link to comment Share on other sites More sharing options...
Recommended Posts
Create an account or sign in to comment
You need to be a member in order to leave a comment
Create an account
Sign up for a new account in our community. It's easy!
Register a new accountSign in
Already have an account? Sign in here.
Sign In Now